RESEPI KUIH SAGU MATA IKAN
Pokok sagu tergolong dalam tanaman
daripada keluarga Palmae yang mengeluarkan sulur. Pokok sagu banyak terdapat di
Malaysia dan kawasan hutan hujan ASEAN. Pokok sagu dikenali sebagai pokok
rumbia. Pokok sagu mempunyai batang yang besar, tegap, mencapai ketinggian
antara 10 hingga 12 meter, mempunyai isi yang lembut dan mengandungi kandungan
kanji yang tinggi.
Pokok sagu juga merupakan sumber
makanan asasi bagi kaum pribumi di Sabah dan Sarawak, antara suku kaum Bisaya
dan Melanau. Pokok sagu mempunyai banyak pelepah berbentuk pinnate 6 hingga 8
meter panjang yang mula-mula tegak dan kemudian perlahan-lahan melengkung ke
bawah. Pokok sagu mengeluarkan jambak bunga yang menghasilkan banyak bunga
jenis dwiseks dan kemudian akan mengeluarkan biji-biji sagu. Bunganya daripada jenis protandrous di mana, bunga
jantan akan menjadi matang dahulu daripada bunga betina. Hal ini bagi
memastikan pendebungaan kacuk akan berlaku. Musim berbunga akan mengambil masa
dua tahun. Kemudian, pokok sagu atau pokok rumbia ini akan mati.
Kuih
sagu pula merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada
biji sagu atau dikenali sebagai sagu mata ikan. Kuih sagu ini dimakan bersama
dengan kelapa parut dan amat terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman
dahulu lagi. Kuih ini selalu dihidangkan dalam majlis kenduri dan majlis-majlis
kemasyarakatan dan turut dihidangkan dalam mesyuarat-mesyuarat. Kuih sagu ini
enak dimakan pada waktu pagi dan petang dan sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat
dan umur.
Kuih
sagu ini biasanya dihasilkan bagi jualan harian dan tidak tahan lama. Ianya
perlu disejukkan untuk tujuan disimpan dalam tempoh masa lama. Pada
kebiasaannya, kuih sagu ini dihasilkan dengan pelbagai bentuk dan warna. Oleh
kerana disebabkan kuih sagu ini tidak tahan lama, ianya tidak sesuai untuk
tujuan komersial. Namun, lebih seseuai untuk kegunaan sendiri atau menurut
tempahan sekiranya ada.
Bahan-bahan:
3 cawan air
1 cawan sagu
¾ cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)
3 cawan air
1 cawan sagu
¾ cawan gula pasir
6 titik sirap pekat
sedikit kelapa putih + sedikit garam (untuk digaulkan bersama kuih)
Cara-cara penyediaan:
·
Didihkan air bersama perasa sirap. Kacau sebati.
·
Apabila air sudah mendidih, masukkan sagu. Kacau rata selama
10 minit.
·
Kemudian apabila sudah nampak pekat sedikit, masukkan gula
pasir. Jangan masukkan gula pasir terlalu awal. Hal ini untuk mengelakkan
kesukaran untuk menghilangkan serbuk-serbuk berwarna putih yang melekat pada
biji sagu.
·
Kacau lagi sehingga pekat.
·
Apabila sudah likat, masukkan ke dalam loyang.
·
Kukuh sehingga biji sagu menjadi kembang dan tiada lagi
warna putih.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
jangan masuk gula pasir awal-awal.. nanti susah nak ilang putih2 biji sagu tu.
·
Selepas lebih kurang 20 hingga 30
minit, angkat dan sejukkan sagu.
·
Apabila kuih masih lembap, potong mengikut
citarasa anda dan gaulkan bersama-sama kelapa putih.
·
Kuih sagu anda siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment